Horoskop.. benar atau hiburan semata-mata?
beberapa hari yang lepas ketika sedang berehat/membuang masa d bilik, saya telah membuka pautan horoskop di laman web www.friendster.com. bacaan horoskop pada hari tersebut ada menerangkan bahawa seseorang yang anda kenal akan menghubungi anda. walaupun terdapat sejarah gelap di antara kami tetapi saya harus melupakan kenangan lama dan bfikir sebagai manusia rasional. awal sekali dalam fikiran saya menganggap bacaan kali ini agak kurang relevan.
tetapi hari ini peristiwa tersebut terjadi. kebetulan ataupun tidak saya menganggap peristiwa tersebut sebagai suatu perkara yang positif. walaupun banyak cabaran hidup baik di negara sendiri atau negara orang, masih ada insan2 yang akan sentiasa menceriakan dan melupakan masalah dalam diri kita.