Bunyi Bingit yang Mempesonakan..
Tuesday, July 29th, 2008 2 minggu yang lepas saya berpeluang berada di sebuah festival gitar antarabangsa yang dikenali sebagai G-Taranaki di new plymouth, new zealand. bersama rakan seprofesion saya, hisyam, kami berdua pergi ke sana dengan menggunakan bas intercity dari auckland. perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam. walaupun penat tetapi pemandangan di tepi jalan membuatkan perjalanan agak menarik. pemain mp3 di dalam kocek jaket sesekali digunakan untuk menghilangkan rasa bosan.
setibanya di puke ariki (bangunan yg menempatkan pusat perkhidmatan pelancong, perpustakaan, dan muzium), kami turun dari bas dan berjalan kaki ke Sunflower Accommodation Lodge. kami disambut mesra oleh pemilik lodge berkenaan. tempat penginapan tersebut terletak menghadap lautan yang luas terbentang. sayang sekali cuaca pada ketika itu kurang elok untuk makan angin. oleh sebab itu kami hanya berjalan sekejap dan membeli makanan di pasaraya lantas terus kembali ke Sunflower.
keesokan harinya kami ke puke ariki untuk menghadiri klinik tentang mengubah dan mencipta lagu. di situ juga terdapat pameran gitar-gitar khas dan unik. diantara gitar-gitar menarik yang mendapat perhatian adalah seperti JS series keluaran ibanez dan JEM.
di malam hari pula kami menghadiri konsert yang menampilkan pemuzik2 hebat lagi menakjubkan. persembahan permulaan yang mempamerkan genre heavy metal membangkitkan semangat penonton. seorang jejaka atau mat rock di tempat duduk hadapan nampak galak sekali ‘menghentak kepala’. mungkin sengal2 badan agaknya.
kemuncak konsert malam tersebut adalah penampilan khas dari uli jon roth, bekas gitaris kumpulan ’scorpions’. persembahan yang ditunjukkan pada malam tersebut sememangnya hebat. terdapat adegan lucu apabila vokalis untuk kumpulan uli tersalah lirik. profesionalisme vokalis tersebut memastikan persembahan lancar walaupun jelas pada raut wajah beliau yang merah padam menahan gelak.
pada hari seterusnya, kami sekali lagi ke puke ariki untuk menghadiri klinik tentang ‘fretless harp guitar’, sebuah alat muzik yang unik. Tim donahue, pakar pemain alat tersebut, berada di klinik tersebut untuk memberi sedikit tunjuk ajar. kehebatan beliau bermain alat muzik tersebut sememangnya tidak boleh dipertikaikan. alunan muzik neo-klasikal bergabung dengan new-age memenuhi ruang legar pameran. tiada yang sepertinya.
pada waktu malam pula, konsert penutup festival diadakan dengan meriah sekali. ramai sekali orang yang bertandang ke stadium tsb. suasana makin meriah dengan penampilan artis2 terkenal. kami rasa sgt bertuah kerana dapat menemui mereka dalam masa satu malam sahaja. persembahan bertenaga dari vernon reid dan glenn hughes menggamit suasana. namun, kemuncak festival yang ditunggu pun tiba. legenda gitar, joe satriani muncul di hadapan pentas. suasana stadium menjadi bingit. laungan dan jeritan para peminat membanjiri stadium. dengan kelincahan jari beliau bermain gitar membuatkan semua yang hadir terhibur. tepukan gemuruh serta sorakan hebat penonton sentiasa kedengaran di akhir lagu yang dipersembahkan.
konsert habis. festival habis. semua balik dengan gembira. tidak sabar ingin kembali untuk tahun hadapan. mudah2an tercapai cita2 untuk bertemu dengan steve vai. terima kasih kepada sesiapa yang membaca hasil nukilan ini sampai habis.