Archive for October, 2006

hujan menemani angin malam…

Monday, October 2nd, 2006

akhirnya aku berjaya memasuki laman blog ini untuk tahun ini.. sepuluh bulan.. jika difikirkan agak panjang tetapi sebenarnya pendek.. seperti biasa jika aku ke sini bermaksud aku punya kerja rumah yg blm disiapkan.. itu lah aku sbenarnya.. minda ku kini begitu tenang.. dgn keadaan di persekitaran yg haru biru aku mampu mengharunginya.. persepsi minda semasa yang berkeliaran sekarang tidak ku hiraukan.. setiap saat yang menitik keluar dari hidupku sedang ku bazirkan.. tapi itulah aku sebenarnya.. kadang2 aku berfikir mengapa buah akal yg ku gunakan di sini tidak mampu ku gunakan di dalam pelajaran.. mengapakah aku berbahasa sedangkan aku bakal mengambil peperiksaan bahasa inggeris? adakah persoalan dan konflik yg dialami diriku bakal terjawab kelak? walaupun begitu terus terang aku katakan yang aku sungguh bertuah kerana dapat merasai apa itu kegagalan.. bukan sekali, dua kali, mahupun mengikut jumlah bilangan planet di dunia, tetapi ibarat setitik nila yg jatuh ke dalam sebikar susu.. aku tahu kegagalan itu tidak mampu melakar senyuman pada orang.. tapi itulah aku sebenarnya.. bagai sang panglima membimbing pengikut nya ke arah kejayaan.. begitulah aku akan membawa diriku.. aku ku tempuhi masa2 akan datang dgn penuh tenang dan tanpa haru-biru.. berterusan kah coretan ini?